My Picture

Some text here.

More about me»

Bandung, Indonesia
Assalamualaikum,

Hai hai hai hai. Hahaha, bercinta belog aku tunggu aku update dia. Ok, nak cerita ni nak cerita ni. Meh, duduk rapat-rapat cu. Nek nak cerita sikit ni. Hari tu, 30/11 nek pergi Bandung sampai 2/12. Lama kan? Haha, takda lah lama mana. Lima hari je pun. Nek pergi sana jalan-jalan, cari pasal, cari pakwa baru #eh? Takda-takda, ke situ pulak. Haihh. Nek pergi sana shopping lah apo lagi yang ado kek sano tu hah. Sambil tu, nek nak bagitahu sikit ni hah. Dekat Bandung tu aje, ada ramai orang. Kira macam satu Malaysia kita ni ada dekat Bandung je. Ramai tak ramai tak? Hah, terperanjat nek masa tu cu. Kalah jam dekat KL tu cu. Punyaaalahhh ramai manusia. Hah, tu satu hal. Tapi kalau bab shopping, dekat Bandung lah kita boleh sakan bershopping dengan currency-nya yang kecil tu. Masalahnya, cuma persekitarannya tak sebersih Malaysia lah kan. Bila nek kat situ, nek beruntung duduk Malaysia ni hah. Tp apa boleh buat. Bak kata ayah nek cu, negara tu 50 tahu mundur dari kita. Maknanya, 50 tahun lagi lah baru negara tu maju pesat. *jangan marah ya, ahli politik sekalian* Ok ok, nek tak mahu kena cari dengan PM diaorang, meh nek sajikan cucu-cucu dengan kuih. Malan leklok ye cu :)

Tangkuban Parahu. Akhir meletup tahun 69
Ni nek. Baru habis jadi model gunung berapi. *muntah sikit

Dalam perjalanan nak pegi ke kawah domas. Pergghhh, kaki kejang.  1km 
Finally~
Orang kata, lumpur ni boleh bersihkan muka. *jembalang lumpur
Sana terkenal dengan fresh from the fruit. Pergi sana, jangan lupa order  air avokado/ alpokat. Sumpah, best!

Tu jelah tatapan yang nek nak share. Sesaje kasi cuci mata. Kang nek cerita, cucu tak dapat bayang.  Actually banyak lagi. Tapi nek malas nak upload. Bukan apa, dia punya uploading tu, arggggghhhh! Klah, ni nek nak cerita pulak masa nek gi Taman Safari, Bandung. Hah, kalau tanya best ke tak. Nek akan jawab, gila kau tak best! Best amat sihhh!!! Kita tak perlu jalan guna kaki, kita jalan guna kereta kita sendiri bukan trem atau apa. Binatang tu dilepaskan macam tu aje. Nanti dia datang dekat kita. Jangan takut. Sebab semuanya dah diajar sopan santun bila ada tetamu. Beradab tau. Termasuklah si gajah, singa, harimau, beruang, llama pun ada. Kita takyah nak datang dekat. Kita berhenti kan kereta, nantu dia mai sendiri. Memang korang akan buat bumbung kereta jatuh ahhh! Hahhaha, jap nek kasi satu dua gambar, so korang boleh imagine..






Hah, see. Nek dah cakap kan. 

So, kalau korang pergi Bandung, korang wajib pergi Taman Safari, Toko Tiga ( tempat seluar jeans), Pasar baru (pasti juling mata kat sana), Tangkuban Parahu atau Kawah Putih. Bagi tempat makan. Bagi kita as a muslim, pasti cari yang halal, bersih kan, so, korang mesti pergi Restoran Simpang Raya atau Restoran Sederhana.  Dekat sana, cara dioarang, Diaorang hidang semua makanan, mana lauk yang tak nak boleh alih tepi lepas tu cakap dengan waiter tu 'Bang, kita tak makan ni k?.' Tapi before korang makan, korang tanya lah dulu k. Takut termakan urat lembu, otak lembu, ikan yang korang tak pernah telan sebelum ni k. 

So, hope this will helpful for those yang nak travel Bandung

Wasalam :)
aku pakai ''nek'' dari mula sampai akhir. Duh, nampak ketuaan. -.-


0 comments:
Post a Comment

Blog Archive

Viewers

Followers