My Picture

Some text here.

More about me»

One Whole Day.
Assalamualaikum,

Meow hai meow apa khabar meow meow meow? Ni kejadah apa meow meow bagai ni. Hah, takde kena mengena dengan entri kali ni.

Kejadahnya kali ni... Em, wait, mesti tak faham apa tu kejadah. Maybe untuk orang negeri aku mungkin faham lah. But untuk readers aku yang lain tu, dari seluruh Malaysia tu, diaorang faham ke 'KEJADAH' tu apa? Hah, meh sini aku explain sikit. Kejadah tu sebijik kuih yang berbentuk lep. Heheehehe. Hah, takdelah. Kejadah tu macam.. Err, macam mana aku nak terangkan ni o.o Ha, kejadah tu lebih kurang macam 'Apa benda alah kau buat ni?'  See, the words 'benda alah'. Hahhhhh, macam tu lah lebih kurang. Tapi hari ni aku taknak cerita pasal dialek ke apa ke yang sewaktu dengannya. Tapi, aku nak share sikit apa aku dah buat hari ni.

Hah, start dari pagi tadi. Ehhh ehh, jap aku nak pegi log out twitter jap. Hah, sambung balik. Ok, start dari pagi tadi, kira dah mandi apa semua, sarapan pun dah. Mak aku pon dah pegi kerja kan. Tinggallah aku, ayah aku dan 3 ketul adik aku yang lelaki ni. Hah, malam sebelum tu aku ada cakap dengan mak aku, aku nak beli buku kat sekolah. So, pagi tu, mak aku tinggalkan aku then ayah aku lah bawak pegi sekolah utk beli buku. Hahaaa. Ok, then, sampai sekolah, beli buku dalam masa 10 minit macam tu dah habis sebab aku datang pagi-pagi. Awal bukan? Heee.

Lepas balik dari sekolah, aku pergi singgah kedai buat baju. Ayah aku nak amik baju yang dia tempah dari kedai tu untuk sekolah dia. Cikgu berwibawa kan? Hahaaahaha. Then bila dah habis angkat semua tu, duit pon dah bertukar tangan, ayah aku pon bawak terus menuju ke sekolah dia. Bila dah selesai segala urusan kat sekolah dia, kitaorang menuju ke Getha. Btw, ayah aku sekolah lain, aku sekolah lain k. Bukan sekolah sama. Ok dah, sambung. Getha? Hah, tu kedai jual perabot. Kitaorang pegi sana, nak survey harga tilam je.

After that, kitaorang balik. Nak jemput budak tiga ketul tu kat rumah. Tadi ajak ikut aku beli buku taknak. Diaorang nak melayan kan tidur je. Erghhhh! Tu aku ada pantang sikit tu. Last-last, aku pegi dua orang dengan ayah aku je. Dah sampai rumah, kitaorang keluar balik. Pegi rumah makcik aku pulak, hantar kain pelikat. Hah, business tu. Huhuhu

Selesai je business dengan makcik aku, kitaorang pegi pulak menziarah rumah nenek. Tapi pegi rumah nenek sekejap je. Macam menyinggah je. Jejak kaki sekejap, lepas tu balik. Haha. Jangan buat andaian tak baik k. 

Bila dah menyinggah, kitaorang straight pegi kedai gunting rambut. Gunting rambut 2/3 rambut adik aku. Almaklumlah, nak masuk sekolah dah kan? Haha, persiapan awal sangat important k. Dah habis potong rambut, adik-adik aku pon hensem sikit, takdelah macam bigfoot, kitaorang balik pulak rumah balik. Huhh, penat kan baca. Tapi tulah apa aku buat satu hari ni.


Bila kat rumah, kitaorang sembahyang jap. Adik-adik aku mandi lagi sekali. Kitaorang keluar balik. Kali ni, kitaorang keluar dari daerah kitaorang, kitaorang pegi area pusat bandar. Kat situ, ayah aku menjelaskan bayaran yang perlu dijelaskan. Habis urusan tan sri paduka baginda tu, kitaorang straight away pegi memenuhkan perut masing-masing.

Kitaorang pegi Pizza Hut, tu je termampu untuk hari yang mencabar macam ni. Haha, takabur kejap. K then, masa kitaorang kat situ nak makan, ayah aku call mak aku supaya drop by kejap kat sini. Makan sesama, alang-alang dah nak habis office hour. So, kitaorang makan dengan penuh nikmat beserta kesyukuran yang teramat. Dah habis topup perut yang dah lapar tadi, kitaorang yang empat beradik dalam satu kereta, kitaorang separate, kitaorang pecah dua. Dua ikut mak, dua ikut ayah. Haha. Bahagia bukan??

Then, kitaorang terus balik rumah. Time tu baru relax dan sekarang aku tengah tulis satu entri tentang apa yang aku lalui hari ni.

Nak kata menarik, pada aku biasa je. Tapi korang baca, korang tahu. So, that's all. Wasalam. May ALLAH always bless you guys. *senyum dengan penuh iman.
Tazkirah gratis lagi auwwwwwmm!
Assalamualaikum,

Hah, tadi kita pegi keluar dinner. ''Amboi, dengan bf ke?'' Hah, apak hang! Kan dah kena. Aku tak pernah keluar dengan sesiapa melainkan dengan family aku tu je. Aku keluar dengan kengkawan aku pon setakat pegi library je. Takde mana aku nak pegi weyhhh. Sedih kan? Reunion ke hangout ke apa ke yang kengkawan aku ajak semua aku tak dapat nak join sama. Hati meronta tapi atas dasar nasihat yang mana aku assume sebagai satu teguran yang keras daripada mak aku membuatkan aku tak jadi nak pegi. Bukan tak jadi actually, tapi tak dapat pon. Tapi takpe, aku rasa belum masanya lagi. Nanti dah besar, aku nak pegi jalan ke mana ke, sukahati aku lah kan. Masa tu rasa ke-freedom-an dia. Ye dokkk?

Hah, tu bukan point sebenar aku nak cerita pon. Baru intro je tu. Hahaha. Muka semua mesti terkejut. Dalam hati cakap ''Alaaaa, baru intro je. Homakkkkk aii!'' Tak, sebenarnya aku nak cerita yang tadi sebelum aku on je lappy ni, mak aku ada bagi tazkirah gempak lagi kan percuma. Biasa lah kan. Hah, tapi takpe, aku tahu mak aku sayang aku sebab tu dia suka buat sesi kaunseling dengan aku :D Actually, masuk je tahun 2013 nanti aku akan naik ke tahap di mana akan menentukan aku dimana. Hah, sasau je baca ayat tu. Harap faham. Ahakz! So, sebab tu lah. Boleh dikatakan hari-hari mak aku bawak ole-ole tu untuk aku.

Then, bila je tadi aku dah dapat hadiah daripada mak aku tu, terus aku terfikir, why not kalau aku masuk cerita ni dekat blog kan. So, terhasillah satu nukilan yang gempak lagikan mashyur dalam era ini. Wahahahahahahahah.

Hah, tapi aku gerenti bila je korang baca ni (kalau korang faham ahhh aku guna bahasa alien yang tunggang langgang ni) mesti korang akan ada fikiran yang macam ni ''apa ahhh budak ni'' macam teruk sangat ke aku ni kan? What the fishhhhhhhhhhhhhhhhhhh..Hah, tak lah. Tapi kalau korang ada kat tempat aku mesti korang pon nak fikiran orang lain pon sama macam korang kan. So, jangan lah judge orang melalui luaran je k. Contoh, macam cerita aku nilah. Aku just menulis berdasarkan apa yang aku rasa. As long aku tak maki hamun orang dah.

So, bacalah melalui hati. Waahhh, cenggitu lagi. Wahaha. Takpe lah. Aku pon just suka je nak tulis kan. Memenuhi masa yang selalu lapang dan selalu dibiarkan macam tu. Hahaha. Dah, aku nak mengenang nasib ni. Bye-bye-bye. Wasalam

:)
PMR da voom!
Assalamualaikum, 

Hey hey hey hey. Hah, hari ni. Tanggal 19/12 mesti jadi satu kenangan kan? Because why, sebab hari ni hari ambil keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi satu Malaysia. Mungkin akan jadi bermakna buat adik-adik kita ataupun junior-junior aku ni. Mungkin lah akan jadi yang bermakna buat yang 8A tapi yang result ok-ok tu, takpe korang cuba lagi next two years k.

Hoi, ni nak bukak kisah waktu ambil result dulu. Mula-mula datang sekolah dengan confident lagi. Muka tenang, control macho tahap Tom Cruise. Masuk dewan pon, tapi masa tu dalam hati rasa sebak sikit tapi masih lagi control ayu. Kali ni kalah Angelina Jolie. Pehhh, bila masa pengetua sekolah yang ayu lagi kau memang devoom naik je pentas, mula dah.... ketaq lutut. Sampai nak terkuncil, terkentut, termuntah, semua ada.Everything yang aku simpan dari sarapan masa tu nak tekeluaq. Mana tak gila! Bila dia nak mula umumkan siapa yang naik pentas, woi, darah naik ke kepala woi. Tapi aku taknak kenangan UPSR terjadi pada hari tu, so, aku act macho. Tapi this time muka cuak tak boleh tepis. 

Hah, bila je dah dapat result, mata aku digenangi air laut yang jernih bertakhtakan mutiara-mutiara yang sungguh berkilau. Pehhh, kemain! Lalu, jatuh lah para jemaah air laut membasahi baju sekolah yang bersih lagi kan straight ber-iron. Tahu apa result aku dan tahu kah anda air mata jenis apa yang jatuh tu? Hah, takkan. Takpe, biarlah rahsiaaaaaaaaaaaaa (suara Dato' Ct) Tapi bukan bermakna aku tak bagi tahu maknanya teruk k. Orang kita selalu macam tu. Pemikiran sentiasa dijajahi dengan anasir kotor laknatullah macam tu. Hishhhh, apa nak jadi ahhhh! Ni nak melenting ni. 

Hah, k. Chillex Amni. Tapi aku nak ambil kesempatan yang lapang dan sering disia-siakan ni nak tujukan ucapan khas buat cousin aku, ADNIN dan kawan aku yang aku kira rapat dah sekarang, Aizat aka Ijat aka Lesung Batu. Congrats k. Whatever you got this time. Make sure you rock the world in your next two years ok. Dont be sad and keep it up your good work guys. And korang, jangan lupa tuntut baskin robbins kat aku nanti k :D Haha, tak. Aku gurau. 


Bandung, Indonesia
Assalamualaikum,

Hai hai hai hai. Hahaha, bercinta belog aku tunggu aku update dia. Ok, nak cerita ni nak cerita ni. Meh, duduk rapat-rapat cu. Nek nak cerita sikit ni. Hari tu, 30/11 nek pergi Bandung sampai 2/12. Lama kan? Haha, takda lah lama mana. Lima hari je pun. Nek pergi sana jalan-jalan, cari pasal, cari pakwa baru #eh? Takda-takda, ke situ pulak. Haihh. Nek pergi sana shopping lah apo lagi yang ado kek sano tu hah. Sambil tu, nek nak bagitahu sikit ni hah. Dekat Bandung tu aje, ada ramai orang. Kira macam satu Malaysia kita ni ada dekat Bandung je. Ramai tak ramai tak? Hah, terperanjat nek masa tu cu. Kalah jam dekat KL tu cu. Punyaaalahhh ramai manusia. Hah, tu satu hal. Tapi kalau bab shopping, dekat Bandung lah kita boleh sakan bershopping dengan currency-nya yang kecil tu. Masalahnya, cuma persekitarannya tak sebersih Malaysia lah kan. Bila nek kat situ, nek beruntung duduk Malaysia ni hah. Tp apa boleh buat. Bak kata ayah nek cu, negara tu 50 tahu mundur dari kita. Maknanya, 50 tahun lagi lah baru negara tu maju pesat. *jangan marah ya, ahli politik sekalian* Ok ok, nek tak mahu kena cari dengan PM diaorang, meh nek sajikan cucu-cucu dengan kuih. Malan leklok ye cu :)

Tangkuban Parahu. Akhir meletup tahun 69
Ni nek. Baru habis jadi model gunung berapi. *muntah sikit

Dalam perjalanan nak pegi ke kawah domas. Pergghhh, kaki kejang.  1km 
Finally~
Orang kata, lumpur ni boleh bersihkan muka. *jembalang lumpur
Sana terkenal dengan fresh from the fruit. Pergi sana, jangan lupa order  air avokado/ alpokat. Sumpah, best!

Tu jelah tatapan yang nek nak share. Sesaje kasi cuci mata. Kang nek cerita, cucu tak dapat bayang.  Actually banyak lagi. Tapi nek malas nak upload. Bukan apa, dia punya uploading tu, arggggghhhh! Klah, ni nek nak cerita pulak masa nek gi Taman Safari, Bandung. Hah, kalau tanya best ke tak. Nek akan jawab, gila kau tak best! Best amat sihhh!!! Kita tak perlu jalan guna kaki, kita jalan guna kereta kita sendiri bukan trem atau apa. Binatang tu dilepaskan macam tu aje. Nanti dia datang dekat kita. Jangan takut. Sebab semuanya dah diajar sopan santun bila ada tetamu. Beradab tau. Termasuklah si gajah, singa, harimau, beruang, llama pun ada. Kita takyah nak datang dekat. Kita berhenti kan kereta, nantu dia mai sendiri. Memang korang akan buat bumbung kereta jatuh ahhh! Hahhaha, jap nek kasi satu dua gambar, so korang boleh imagine..






Hah, see. Nek dah cakap kan. 

So, kalau korang pergi Bandung, korang wajib pergi Taman Safari, Toko Tiga ( tempat seluar jeans), Pasar baru (pasti juling mata kat sana), Tangkuban Parahu atau Kawah Putih. Bagi tempat makan. Bagi kita as a muslim, pasti cari yang halal, bersih kan, so, korang mesti pergi Restoran Simpang Raya atau Restoran Sederhana.  Dekat sana, cara dioarang, Diaorang hidang semua makanan, mana lauk yang tak nak boleh alih tepi lepas tu cakap dengan waiter tu 'Bang, kita tak makan ni k?.' Tapi before korang makan, korang tanya lah dulu k. Takut termakan urat lembu, otak lembu, ikan yang korang tak pernah telan sebelum ni k. 

So, hope this will helpful for those yang nak travel Bandung

Wasalam :)
aku pakai ''nek'' dari mula sampai akhir. Duh, nampak ketuaan. -.-


Blog Archive

Viewers

Followers